Pembangunan difokuskan kepada semua kawasan DUN




SIOL KANDIS: Kerajaan negeri sentiasa memfokuskan kepada pembangunan sesebuah kawasan DUN tanpa mengira kaum mahupun latar belakang serta bersikap adil dan saksama dalam meningkatkan tahap kehidupan rakyat Sarawak.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantau Projek Hajah Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, semua masyarakat di setiap bahagian dalam kawasan DUN akan dapat merasai arus pembangunan yang sama rata dari kerajaan dan rakyat perlu menyokong semua program pembangunan dan kebajikan yang membawa kebaikan kepada mereka.

Jelasnya, pemimpin akar umbi juga mesti memainkan peranan penting dalam usaha itu serta sentiasa berganding bahu dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keramaian yang tidak mengira latar belakang masyarakat tempatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan “ Pengerami Gawai Dayak JKKK & SDNU Siol Kandis di Kuching hari ini.

Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang, kerajaan negeri memfokuskan kepada pembangunan semua kawasan yang tidak bersifat berat sebelah dan tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan dan Kebudayaan.

Selain itu beliau mahu penyatuan semua kaum terutamanya di kawasan DUN Samariang sentiasa dipertahankan sekaligus menjadi kebanggaan semua masyarakat di Sarawak.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...