Remaja ditemui lemas di tasik


BINTULU : Keseronokan sekumpulan remaja lelaki mandi-manda di sebuah tasik berhampiran PPR Bandar Ria Park, di sini ketika cuaca panas hari ini berakhir tragedi selepas seorang daripadanya lemas dalam kejadian petang tadi.
Mayat Richmond Teo Yii Wen, 17, ditemui penduduk yang turut membantu menyelam ke dasar tasik berkenaan untuk mencarinya selepas dimaklumkan mangsa tidak kelihatan ketika rakannya yang lain sudah naik ke kawasan tebing.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.49 petang tadi sebelum sembilan anggota, termasuk dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, remaja lelaki yang dikatakan hilang itu sudah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan anggota bomba berusaha membantu merawatnya, termasuk memberikan bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, tiada tanda-tanda mangsa masih bernafas. Kakitangan paramedik Hospital Bintulu juga berusaha melakukan CPR, namun mangsa tidak memberikan sebarang respons sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...