POLIS MENGESAN SEORANG LAGI SUSPEK KES ROMPAKAN

MIRI: Polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes rompakan bersenjata yang berlaku di sebuah rumah di Taman Serene Jelita di Taman Tunku di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek yang sedang diburu terbabit dikenali sebagai Ng Cheng Hui berusia 37 tahun.

"Suspek turut dikenali dengan nama panggilan Pui Kaw dan alamat terakhirnya adalah di Pujut Padang Kerbau, Miri.

"Minta masyarakat untuk salurkan maklumat jika ada terlihat suspek dan suspek sangat merbahaya kerana ada senjata api," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Difahamkan suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes rompak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat Kes, ASP Unang Giang di talian 010-5937779 atau di talian 085-433400.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...