Minuman keras, mercun dan rokok bernilai RM200 ribu dirampas kastam





KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras, rokok dan mercun dengan nilai rampasan termasuk cukai di Sibu pada Rabu lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati terdapat aktiviti penjualan dan penyimpanan minuman keras dan rokok yang disyaki tidak lulus kastam di dua premis di kawasan Permai Jaya Sibu.

"Melalui hasil pemantauan susulan, satu pasukan serbuan yang dianggotai oleh seramai 18 anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Sibu, Kuching dan Sarikei membuat serbuan di kedua-dua premis terbabit sekitar jam 5.30 petang pada 15 Mei lalu.

"Hasil serbuan ke atas kedua-dua premis di Jalan Permai Jaya, Sibu telah membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan rampasan beberapa barangan yang disyaki tidak lulus kastam.

"Jumlah nilai dan cukai barangan yang dirampas dianggarkan sebanyak RM200,203.92 dengan merangkumi sejumlah 8,164.76 liter minuman keras pelbagai jenama, 998.25 kilogram mercun dan 14,320 batang rokok pelbagai jenama," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah berkata, individu terbabit ditahan kerana disyaki menjual minuman keras dan rokok yang belum lulus kastam kepada pelanggan di kedainya.

"Suspek juga disyaki mengunakan ruang atas premis kedai dan sebuah rumah kosong sebagai stor penyimpanan barang-barang larangan tersebut," katanya.

Sharifah berkata, kes ini disiasat di bawah Sekseyn 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan sekiranya disabit kesalahan, pesalah akan dikenakan denda 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 atau pun penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barangan seperti rokok, minuman keras, dadah dan mercun.

"Mereka boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855, laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.my atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.

Beliau menambah, JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...