Wanita Vietnam dipenjara tiga tahun empat bulan, cederakan Kim Chol





SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan Thi Huong selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azmi Ariffin ketika menjatuhkan hukuman tersebut ke atas wanita warga Vietnam berkenaan turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 15 Feb 2017.

Dalam penghakimannya, beliau berkata tertuduh yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik bernasib baik kerana pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif yang hanya membawa hukuman penjara 10 tahun berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...