Penghuni sempat selamatkan diri, rumah terbakar awal pagi



 
MIRI: Sebelas penghuni termasuk dua kanak-kanak sempat menyelamatkan diri selepas rumah dua tingkat yang didiami mereka hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Luak di sini awal pagi Sabtu. 


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira jam 2.12 pagi. 

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak melibatkan sebuah rumah berstatus separuh kekal yang musnah dalam anggaran 90 peratus. 

"Turut musnah termasuklah sebuah kereta yang terbakar 100 peratus," katanya menerusi satu kenyataan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.58 pagi," katanya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...