Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot terbalik melibatkan 3 penumpang di Empangan Bakun Sabtu lalu tamat selepas penemuan mayat kedua awal pagi tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri, mayat mangsa pertama berjaya ditemui pada jam 11.20 malam tadi manakala mangsa kedua ditemui pada jam 4 pagi tadi.
Mayat pertama yang ditemui adalah Wahab Jambu, lelaki berusia dalam lingkungan 50 an manakala mayat kedua adalah Law Yew Ngee - juga lelaki bersusia 43 tahun.
Bagaimanapun dalam kejadian terbabit, pemandu bot Siring Angah lelaki berusia 60-an, terselamat.
Mayat pertama berjaya ditemui timbul di lokasi bot terbalik manakala mayat kedua ditemui pada jarak kira-kira 2 meter dari lokasi mayat pertama.
Dalam kejadian Sabtu lalu, bot yang dinaiki mereka dikatakan terbalik ketika bergerak ke sangkar ikan kira-kira 15 meter dari ponton tempat bot berlepas.
Kedudukan kedua-dua mangsa yang tidak seimbang telah menyebabkan bot berkenaan terbalik.
Menurut saksi kejadian, salah seorang mangsa dipercayai tidak pandai berenang dan memaut rakannya sehingga menyebabkan kedua-duanya lemas.
Kedua-dua mayat terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya da...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...


No comments:
Post a Comment