Golongan Belia Disaran Libatkan Diri Secara Aktif Dalam Acara Dan Aktiviti Keagamaan Di Masjid Dan Surau

MIRI: Golongan belia disaran libatkan diri di dalam pelaksanaan acara-acara keagamaan khususnya di bulan Ramadan ini.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak YB Rosey Yunus berkata sebagai pelapis pada masa akan datang belia harus berkecimpung dalam aktiviti sosial yang diadakan di masjid.

“Golongan belia wajar dilibatkan bersama untuk acara-acara keagamaan terutama pada bulan Ramadhan ini agar mereka mampu menjadi pelapis akan datang. 

“Libatkan mereka di dalam jawatankuasa masjid dan surau bagi membolehkan golongan belia terlibat secara langsung dalam program dan aktiviti yang dianjurkan untuk mereka.

“Ini sekaligus dapat menghindarkan mereka (belia) daripada terus terjebak dengan anasir-anasir tidak sihat seperti isu dadah.” katanya di Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid dan Surau Daerah Miri dan Pelancaran Gerobok Rezeki di Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

Pada majlis itu, Rosey telah menyampaikan sumbangan daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada 185 buah masjid dan surau di kawasan Daerah Miri, Subis dan Marudi.

Turut menyumbang Ahli Parlimen Sibuti YB Lukanisman Awang Sauni yang menyampaikan sumbangan kepada 33 masjid dan surau yang terletak di bawah kawasan Parlimen Sibuti. 

Mengenai Projek Gerobok Rezeki yang merupakan projek yang diusahakan secara sukarela bagi mereka yang memerlukan bantuan makanan.

Projek ini terbuka kepada mereka yang memerlukan makanan tanpa mengira agama dan gerobok besi akan di tempatkan di masjid dan surau yang mengambil bahagian. 



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...