Dua Bot Nelayan Asing Ditahan APMM Sarawak

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia A-P-M-M Negeri Sarawak berjaya menahan dua buah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam, Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Komander Maritim Hamiludin Che Awang, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 5 petang, kira-kira 80 batu nautika utara Kuching.

Tambah beliau, sejumlah kira-kira 3 tan ikan pelbagai jenis berjaya dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan pula dianggarkan melebihi 2 juta ringgit termasuk dua buah bot, hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan.

Selain itu, sejumlah 29 anak kapal berusia dari 20 sehingga 50 tahun berjaya ditahan dan kini dalam proses untuk direman.

Kedua-dua bot terbabit dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15, Akta Perikanan 1985.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...