Masjid, surau di kawasan Satok terima sumbangan Ramadan 


 


Abang Johari menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Darul Aqsha Kampung Segedup di Jalan Batu Kawa, Sulaiman Alwi sambil disaksikan yang lain pada majlis ringkas di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sebanyak 13 masjid dan surau di kawasan Satok menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Ramadan.

Sumbangan itu disampaikan dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Beliau berkata sumbangan itu merupakan bantuan tahunan diberikan bagi membolehkan surau dan masjid di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

"Hari ini saya memberi sedikit sumbangan kepada surau dan masjid di sekitar kawasan Satok untuk jawatankuasa surau dan masjid di kawasan Satok mengadakan khatam al-Quran dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain sepanjang Ramadan ini.

"Bantuan seperti ini saya berikan setiap tahu, sebagai sedekah dengan harapan ia membolehkan jemaah dan umat Islam di sekitar Satok menjalankan ibadah puasa dengan sempurna," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok memberitahu untuk kali ini jumlah keseluruhan sumbangan ialah lebih RM20,000 dan ia merupakah sumbangan peribadinya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...