MAJLIS ISLAM SARAWAK SUMBANGKAN BEG SEKOLAH KEPADA 53 PELAJAR

KUCHING - Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak telah menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah dan wang raya kepada lebih kurang 53 penerima. Mereka terdiri daripada 53 pelajar lelaki dan perempuan yang merupakan  pelajar sekitar RPR Batu Kawa.

Majlis telah diadakan malam tadi di Masjid Darul Ibadah, RPR Fasa 1, Batu Kawa, Kuching bersempena Program Ziarah/Safari Ramadhan Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak Tahun 1440H.

Pada majlis yang sama, Datu Haji Misnu turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Darul Ibadah berupa karpet, 'water jet' dan kipas angin. Sumbangan tersebut adalah daripada Majlis Islam Sarawak.

Rombongan Datu Haji Misnu turut mengadakan majlis berbuka puasa, solat isyak dan solat tarawih berjemaah di tempat yang sama.





No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...