PUSAKA menceriakan 831 fakir miskin

TANJUNG MANIS: Seramai 831 orang penduduk daripada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, anak yatim, mualaf dan golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan Aidilfitri daripada PUSAKA dan Anak-anak Syarikat PUSAKA di sini, hari ini.

Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet berkata, program tanggungjawab sosial korporat PUSAKA yang diadakan sejak 19 tahun lalu itu bertujuan membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Kesemua penerima dari Kampung Belawai, Jerijeh dan Rajang. Sehubungan itu, saya berharap mereka manfaatkan sumbangan ini untuk kegunaan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab, Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet dan Pegawai Daerah TanjungManis, Udin Bujang.

Selain daripada sumbangan Hari Raya Aidilfitri, PUSAKA juga tidak melupakan penduduk Rumah Panjang
KampungSebayang, Tusok, Stalun dan Semalau yang akan meraikan Hari Gawai.

Seramai 356 orang penduduk akan menerima sumbangan tersebut di Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang di Tanjung Manis pada 18 Mei ini.


Tetamu jemputan mengabadikan kenangan bersama penerima di Masjid Belawai


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...