Liputan telekomunikasi di luar bandar akan dipertingkatkan - Gobind


 


Gobind beramah mesra bersama penduduk Rumah Nuni di Sebauh malam Jumaat sempena lawatan beliau ke Bintulu. - Gambar Bernama.
BINTULU: Kerajaan akan meneruskan usaha memperbaiki perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar seluruh negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. 
Bagi tujuan itu katanya, beliau akan terus turun padang dari masa ke masa, khususnya di kawasan luar bandar di seluruh negara, bagi memastikan rakyat menikmati tahap telekomunikasi yang pantas di masa hadapan. 
"Saya merasakan pembangunan komunikasi merupakan keperluan mendesak penduduk di kawasan pedalaman kerana ia merupakan satu-satunya perkhidmatan yang diperlukan terutama bagi berhubung di saat berlakunya kecemasan,"  ujar beliau semasa melawat penduduk di Rumah Henry Nuni, Sungai Gelam Sebauh, malam Jumaat. 
Lawatan ini secara amnya merupakan sebahagian dari acara pengisian acara  sambutan Hari Gawai Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Bintulu. 
Katanya, beliau faham dengan kesukaran terpaksa dihadapi penduduk di kawasan pedalaman yang masih tidak mempunyai jaringan komunikasi yang baik hingga sekarang. 

Katanya, pemerkasaan jaringan komunikasi di kawasan pedalaman amat perlu bagi memastikan penduduk mendapatkan perkhidmatan komunikasi yang pantas. 
Gobind dalam ucapannya, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru setahun mentadbir memastikan perubahan dari pelbagai aspek yang akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. 
"Semuanya adalah bagi memastikan kemajuan serta kemakmuran terus dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini, sekaligus meningkatkan lagi tahap kehidupan mereka pada masa hadapan," ujarnya.
Terdahulu, kedatangan beliau disambut meriah oleh penduduk rumah panjang yang dihuni seramai 53 keluarga itu.
Turut hadir, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Senator Chiew Ling Sie Kiong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Chiew Chiu Sing dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu Dr John Brian Anthony.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...