Dakwaan gangguan seksual, Kesavan sedia disiasat



IPOH: Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan, sedia memberi kerjasama penuh kepada polis berhubung laporan mendakwa beliau mengganggu seorang wanita secara seksual, yang kini viral di media sosial.

Berkata juga berkata akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa dan sedia menyerahkan bukti menunjukkan gangguan serta ugutan dibuat wanita berkenaan bagi merosakkan rumah tangganya.

Katanya, pada mulanya beliau tidak mahu membesarkan perkara itu kerana simpati terhadap wanita berkenaan yang sudah mempunyai suami dan dua orang anak.

“Perkara itu sudah diserahkan kepada peguam untuk diambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama saya dan isteri, saya sanggup berdepan dengan fitnah serta tuduhan demi mempertahankan rumah tangga kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kesavan berkata beliau mula mengenali wanita berkenaan dua tahun lalu apabila menawarkan diri untuk membantunya dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau kemudian menerima tawaran wanita itu, yang menyatakan mahu menjadi seorang sukarelawan membantu kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR), seperti mana sukarelawan lain.

“Wanita berkenaan kerap menelefon saya dan lama-kelamaan, perbualan telefon itu semakin bertambah sehingga berpuluh kali sehari, ada kalanya perbualan melebihi satu jam.

“Kelakuan wanita itu berubah sejak September tahun lalu apabila mula campur tangan dalam urusan rumah tangga saya selain mengganggu perjalanan serta pentadbiran kawasan Parlimen.

“Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang maklum akan masalah itu, menyarankan saya membuat satu laporan polis, yang saya lakukan pada Mei lalu di Balai Polis Sungai Siput bagi membolehkan polis menjalankan siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, wanita berkenaan turut membuat laporan polis kelmarin, mendakwa saya melakukan gangguan seksual terhadapnya,” katanya.

“Wanita yang sama sebelum ini pernah terbabit dalam satu kes tuduhan menyerang Pengerusi MIC Perak, V Elango, yang ketika itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang dan saya rasa mungkin dia juga ada agenda lain terhadap saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, mengesahkan menerima satu laporan daripada Kesavan dan polis sedang menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, ketika dihubungi mengenai laporan polis dibuat wanita berkenaan, berkata laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan siasatan dijalankan oleh polis di negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...