LIMBANG: Seorang lelaki kurang siuman terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kuaters Hospital Limbang.Kejadian berlaku pada pukul 7.28 petang hari ini disedari oleh orang awam dan segera membuat laporan.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Hasil tindakan pantas bomba, mangsa berjaya diselamatkan menggunakan tali untuk menariknya ke atas.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri,” katanya menerusi satu kenyataan.
Ujarnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.-SuaraSarawak
No comments:
Post a Comment