MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan fokus kepada aspek teknikal atas jalan raya terutamanya motosikal sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai Dayak.
Pengarahnya, Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, aspek teknikal termasuk keadaan motosikal yang menjadi keutamaan apabila balik ke kampung.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengagihkan 300 unit Bubur Lambuk kepada pembonceng motosikal yang melalui jalan Miri-Bintulu hari ini.
Hadir sama, Ketua JPJ Bahagian Miri, Maya Morshidi.
Tambah Mohd Syafiq, pegawai penguatkuasa juga akan menjalankan “Ops Sisih” apabila pemeriksaan dikendalikan oleh pihak bengkel bagi memastikan motosikal dalam keadaan baik.
“Antara yang diperiksa ialah keadaan tayar dan bahagian lain motosikal agar selamat digunakan.
“Sementara itu, pegawai penguatkuasa akan menggunakan bas atau teksi sebagai penumpang untuk memantau para pemandu dalam “Ops Penyamaran” yang dilakukan secara rambang,” jelasnya.
Mengenai langkah kerajaan yang membenarkan peraturan cermin gelap, Mohd Syafiq berkata, untuk Sarawak, pihaknya menerima sekurang-kurangnya dua permohonan setakat ini.
“Ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk diproses sebelum permohonan diluluskan,” ujarnya.-SuaraSarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya da...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...


No comments:
Post a Comment