SIBU: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Lanang di sini sekitar pukul 11 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Pindy Asan, 36, dari Rumah Buah, Sungai Maong di Kanowit meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa yang juga anggota Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dari arah Jalan Lanang menuju Machan, Kanowit telah hilang kawalan dan jatuh ke atas jalan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan. Mangsa disahkan meninggal dunia pada 11.42 malam,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UtusanBorneo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya da...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...

No comments:
Post a Comment