Kerajaan Sarawak Telah Laksana Pelbagai Projek Rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui kepimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Openg telah melaksanakan pelbagai projek rakyat khususnya pembangunan infrastruktur di negeri ini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, YB Fazzrudin Abdul Rahman berkata, antara pembangunan atau projek infrastruktur asas yang dilaksanakan seperti jalan, perparitan, bekalan elektrik dan bekalan air. 
"Ianya memerlukan belanjawan yang besar untuk kita laksanakan dan ahlhamdulillah kebijaksanaan pimpinan negeri kita sentiasa memikirkan kaedah yang lebih baik untuk menjana pendapatan negeri.
"Langkah-langkah untuk menambah pendapatan ini amatlah penting bagi memastikan belanjawan negeri kita tidak terganggu dan seterusnya pembangunan tidak terjejas," katanya semasa berucap dalam Perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Fazzrudin menambah, apa yang menyedihkan apabila setiap pembangunan, setiap projek yang dilaksanakan pihak pembangkang dengan nakalnya sentiasa membawa masyarakat untuk melihat dalam perspektif yang negatif.
Katanya, setiap wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk berada di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada seorang pun adalah lebih istimewa daripada yang lain.
"Sikap pembangkang yang sombong seperti yang kita lihat tempoh hari yang mengejek, merendahkan, menuduh ahli-ahli dewan ini amatlah memalukan.
"Sikap mereka yang mengelirukan rakyat dengan hujah-hujah yang 'half cooked' amatlah memalukan. Seelok-eloknya fokuslah kepada melengkapkan janji manifesto mereka yang lalu," katanya. -Edisi UKAS

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...