DUN kecoh, Lo bertegang urat dengan Chong  




KUCHING: Sesi perbahasan di  Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kecoh apabila Lo Khere Chiang (GPS-Batu Kitang) mempersoalkan 20 peratus royalti minyak dan 50 peratus hasil kutipan cukai yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. 

Jelas Lo, PH Sarawak tidak hanya menjanjikan dua perkara ini kepada Sarawak malah turut berjanji untuk mengembalikan autonomi Sarawak ke atas bidang kesihatan dan pendidikan. 

Lo turut meminta Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen menjelaskan berapa banyak pusingan-u dibuat oleh PH ke atas janji-janji mereka sejak mengambil alih kerajaan. 

Tidak cukup dengan itu, Ripin Lamat (GPS-Lambir) turut mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen PH ada membangkitkan dua perkara ini dalam Dewan Rakyat. 

Ripin turut tertanya-tanya sama ada tawaran oleh PH Sarawak telah mendapat kelulusan daripada PH Kebangsaan atau sekadar janji kosong Pilihan Raya Umum (PRU) mereka. 

Chong (PH-Kota Sentosa) yang bangkit menjawab perkara itu menegaskan tawaran tersebut dibuat oleh PH Sarawak dengan kelulusan PH Kebangsaan. 

Malangnya menurut Chong, tawaran tersebut telah ditolak oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerana GPS hanya mahukan wang tetapi tidak tanggungjawab. 

“Saya bertanya kepada anda (Chong) berapa banyak pusingan-u dibuat, tetapi anda membuat lebih banyak kenyataan yang bersifat pusingan-u.

“Jangan cakap banyak, tunaikan sahaja apa yang telah dijanjikan kepada Sarawak,” ujar Lo lagi.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...