Jaga kebersihan, elak risiko HFMD - Pengarah Kesihatan Sarawak

KUCHING: Kebersihan diri dan persekitaran yang baik kalangan kanak-kanak harus menjadi keutamaan bagi mengurangkan risiko dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim, berkata ibu bapa perlu memastikan anak-anak sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik.

"Pastikan alat permainan, perkakas atau permukaan yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut dibersih dan dibasmi kuman sebelum ia digunakan semula.

"Ibu bapa juga perlu peka dan segera membawa anak ke klinik atau hospital berdekatan sekiranya anak mengalami gejala seperti demam, ulser mulut dan ruam di tapak tangan, tapak kaki atau punggung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Jamilah berkata, anak-anak yang dijangkiti HFMD hendaklah dipastikan kekal berada di rumah, tidak dibawa ke tempat awam termasuk tidak menziarahi saudara mara atau kawan sehingga pulih dari jangkitan.

"Dalam tempoh ini juga, mereka perlu diasingkan daripada kanak-kanak lain termasuk adik-beradik, sehingga mereka pulih. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan merebaknya penyakit itu.

"Semua penyelia pusat jagaan kanak-kanak juga perlu meneruskan usaha proaktif dalam mengesan kanak-kanak yang menunjukkan gejala dan tanda HFMD supaya mereka segera diasingkan," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal sebelum memasuki pusat jagaan amatlah disyorkan.

"Malah, kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak perlu hadir ke pusat jagaan untuk sekurang-kurangnya 10 hari dari bermulanya gejala," katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...