Larikan bayi ketika lalok





SIBU: Seorang lelaki ditahan polis pagi semalam selepas cuba melarikan seorang bayi perempuan ketika dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, hasil siasatan polis mendapati bayi berumur setahun tiga bulan itu dipercayai turut terjatuh ketika suspek cuba melarikannya sebelum ketibaan polis.

Terdahulu, Martin berkata, pengadu yang juga ibu mangsa menghubungi polis pada jam 9.27 pagi untuk bantuan menyelamatkan anaknya yang berada bersama suspek, 30, di dalam bilik berkunci di sebuah rumah di Jalan Lada.

Difahamkan, pengadu yang terdengar tangsian anaknya cuba membuka pintu terbabit, namun gagal.

Menurut Martin, polis yang dimaklumkan bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan bayi terbabit.

“Hasil soal siasat awal, polis mendapati ibu mangsa dan suspek belum berkahwin, bagaimanapun mangsa adalah anak kandung suspek,” jelasnya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek ada membantu ibu mangsa untuk menjaga bayi tersebut.

“Namun, ibu mangsa tidak melihat suspek memukul mangsa dan mangsa mengalami luka di bibir serta lebam di kepala dipercayai akibat terjatuh semasa suspek cuba melarikan bayi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Martin berkata, polis kemudian membawa bayi tersebut ke balai bersama ibunya dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu untuk memberi bantuan awal kepadanya.

Keadaan bayi stabil selepas menerima rawatan awal sambil ditemani ibunya sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut, katanya lagi.

“Suspek (bapa mangsa) kini ditahan di lokap Balai Polis Sentral untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Mangsa masih ditahan di wad hospital dan setakat ini ibu mangsa belum membuat laporan polis.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak,” tambah beliau.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...