Isu isyarat internet lemah di pekan Daro terus diatasi





 
KUCHING: Beberapa langkah diambil bagi mengatasi masalah perkhidmatan talian berbayar dan isyarat internet yang kurang memuaskan di pekan Daro.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol (gambar) berkata, antaranya syarikat telekomunikasi CELCOM mengambil langkah menaik taraf peralatan Radion Acess Network (RAN) serta gentian optik sedia ada.

“Selain itu, CELCOM dan SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) sedang mengadakan rundingan untuk menggunakan prasarana telekomunikasi SACOFA bagi meningkatkan kelajuan jalur lebar dari Kuala Igan ke Sibu kepada 1 gigabit sesaat (Gbps),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Safiee Ahmad (GPS-Daro) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini,hari ini.

Menurut Abdullah, infrastruktur rangkaian Telekom Malaysia Bhd (TM) Pekan Daro merangkumi talian tetap, perkhidmatan Streamyx dan Unifi Mobile 4G.

Menurutnya, TM sedang berusaha meningkatkan kelajuan perkhidmatan jalur lebar Streamyx.

“Bagaimanapun perkhidmatan Unifi Mobile dengan kelajuan sehingga 300Mbps sudah dilaksanakan secara berperingkat ke semua lokasi di Sarawak termasuk di Pekan Daro.

“Manakala bagi perkhidmatan CELCOM pula, terdapat sembilan buah menara telekomunikasi 4G dan dua buah menara 3G di daerah Daro,” katanya sambil menambah trafik internet di Daro dihubungkan melalui Kuala Igan, kemudiannya Sibu dan seterusnya Kuching.

“Memadangkan kelajuan hubungan dari Kuala Igan ke Sibu hanya 400Mbps, maka kesesakan trafik internet akan berlaku sekiranya terdapat trafik internet yang tinggi di laluan ini,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan seterusnya, Abdullah memberitahu bahawa kerajaan negeri buat masa ini belum berhasrat untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi atau telco sendiri.

Namun demikian, katanya, ia tidak menghalang mana-mana atau pihak pelabur swasta yang berminat untuk mewujudkan telco sendiri di negeri Sarawak.

“Saya rasa cadangan untuk menubuhkan syarikat telekomunikasi sendiri ini adalah suatu yang sangat baik dan kerana itu, saya menyokongnya,” ujar beliau.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...