Seorang maut, empat cedera kemalangan jalan raya di Sematan

Seorang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Baru, Sematan, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata mangsa yang maut ialah David Dillon Anton,19, dari Kampung Bunga Raya, Simunjan.

“Seorang mangsa berjaya mengeluarkan diri namun tiga mangsa tercampak keluar di tepi jalan raya manakala seorang lagi mangsa tersepit di bahagian penumpang belakang.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan hospital,” menurut kenyataan itu.

Empat mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lundu untuk rawatan.

-- BERNAMA


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...