10 peserta bakal berebut gelaran Kumang Gawai 2019 di Sibu





SIBU: Hanya 10 daripada 18 peserta berjaya mengharungi pusingan pemilihan Finalis Kumang 2019 yang diadakan di Lake Side, Permai di sini, tengah hari tadi.

Sepuluh finalis yang dipilih akan berpeluang merebut gelaran Kumang Gawai 2019 yang bakal diadakan di Hotel Kingwood bermula pada pukul 6.30 petang, 19 Mei ini.

Pertandingan tersebut anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dengan kerjasama Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), SDNU Sibu, SDNU Rejang, SDNU Sibu Jaya dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu.

Juara Kumang Gawai 2019 bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000, mahkota, selampai, tropi, hamper dan jambak bunga.

Manakala Lulong (tempat kedua) akan memenangi wang tunai RM1,500, selampai, tropi dan hamper dan Selinggar Matahari (tempat ketiga) akan membawa pulang wang tunai RM1,000, selampai, tropi dan hamper.

Pemenang hadiah sagu hati iaitu tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang wang tunai RM250 sementara tempat keenam hingga ke-10 akan membawa pulang RM150 setiap seorang.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...