Hanya tinggal 8 perlawanan untuk aksi Liga Premier musim ini. Jika kekalahan masih lagi berterusan, hampir pasti mereka akan terjerumus kei Liga M3 musim depan sekaligus 'target' awal musim untuk sekurang-kurangnya kekal di Liga Premier akan gagal.
Masalah yang dikatakan bermula dari pihak pengurusan juga tidak banyak membantu malahan banyak pihak semakin lantang mahukan presiden FAS, Dato Posa Majais untuk segera berundur dan ini sedikit sebanyak menjejaskan moral para pemain.
Jika pun Dato Posa sedia berundur, siapakah yang berani menggantikan beliau dikerusi panas itu? Sebelum ini, ramai individu yang menolak jawatan itu kerana dikatakan hutang piutang FAS yang mencecah jutaan ringgit amat menakutkan individu-individu yang 'lebih berkelayakkan' untuk jawatan tersebut.
Dalam masa yang sama, kepimpinan Dato Posa sebenarnya masih lagi terlalu banyak kelemahan yang sepatutnya sudah boleh diatasi namun tidak tahu dimana silapnya, kelemahan-kelemahan ini terus menghantui FAS sehingga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan.
Kewangan juga banyak memainkan peranan dan saban musim kita disajikan dengan cerita kewangan yang kurang kukuh dan akibatnya pasukan tidak mampu menandatangani pemain-pemain terutamanya pemain import yang lebih berwibawa untuk membawa cabaran. Akibatnya juga, kita sentiasa menukar pemain import dipertengahan musim yang pasti membabitkan kos yang besar walhal jika pemain yang lebih berwibawa dapat ditandatangani, sudah pasti kita tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk sesuatu yang sebenarnya mampu dielakkan.
Satu lagi, kedengaran juga ura-ura 'tangan ghaib' turut memainkan peranan dalam urusan pasukan dan menyalahgunakan jawatannya sehingga mencampuri urusan dan tugas orang lain? Atas arahan siapa tidak diketahui namun yang pasti 'kerjannya' sudah pun memberi kesan kepada pasukan.
FAS dan kesemua staf-stafnya harus berani untuk menerima perubahan dan mampu menganjak ke tahap yang baru seiring dengan era profesionalisma pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia. Anda tidak boleh terus selesa kerana jika tidak berubah maka anda akan terus ketinggalan dengan pasukan lain kerana anda sebagai individu yang akan membawa dan mewakili nama persatuan dan pasukan dan adalah tanggungjawab anda untuk menjaga nama baik FAS dan pasukan Sarawak.
Tepuk dada tanya selera!
ShootnSampeiBisakNetTiangGol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya da...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...

No comments:
Post a Comment