Angkat Bahasa Iban sebagai pengkhususan di IPG



KUCHING: Jadikan Bahasa Iban sebagai salah satu bidang pengkhususan di institut pendidikan guru (IPG) di negara ini.

Itu saranan Adun Meluan Rolland Duat Jubin kepada Kementerian Pendidikan ketika membahas usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri di Dun, semalam.

Pengkhuhusan itu, katanya adalah dengan memasukkan bahasa Iban dalam Program Pengambilan Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.

Katanya, Kementerian Pendidikan telah berjaya mewujudkan bidang pengkhususan dalam bahasa Kadazan Dusun.

Untuk itu, jelasnya, bagi memastikan subjek Bahasa Iban setaraf bahasa lain, bakal guru dari Sarawak yang mengajar subjek berkenaan perlu diberi pengkhususan, sama seperti yang dilakukan terhadap guru Bahasa Kadazan Dusun.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...