Sarawak Sasar Kemasukan 5 Juta Sarawak Bawa RM8.18 Bilion pada 2019

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan kemasukan 5 juta pelawat ke Sarawak dan ianya dijangka memberi pulangan RM8.18 bilion resit perbelanjaan pada tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dalam tempoh Januari dan Mac tahun ini, Sarawak telah menerima kehadiran 1,117,843 pelawat. 

“Jumlah ini merupakan peningkatan 3.93 peratus berbanding 1,075,560 bagi tempoh yang sama pada 2018.

“Daripada jumlah itu, majoriti pelawat datang dari China (9,983), Singapura (9,024), Indonesia (94,303), Brunei (304,823) dan Filipina (14,419).

"Menerusi Kempen Melawat Sarawak yang dirasmikan pada 31 Disember 2018, kementerian saya menjangkakan peningkatan berterusan dari aspek ketibaan pelawat terutama pada pertengahan tahun ini.

"Kementerian saya bersama Lembaga Pelancongan Sarawak dan agensi-agensi lain akan menggandakan usaha dalam meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Pada 2018, Sarawak telah menerima 4.43 juta pelawat dengan resit perbelanjaan sebanyak RM7.95 bilion dan bilangan ini mencatat penurunan sebanyak 8.77 peratus berbanding 2017.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...