AADK tahan tiga lelaki positif dadah





KUCHING: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak memberkas tiga lelaki dalam Operasi Khas di sekitar bandar raya ini, Sabtu malam.

Jurucakap AADK Negeri Sarawak berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di kawasan Samariang dan Buntal mulai pukul 3 petang hingga 10 malam.

“Sepanjang operasi ini, kita telah menjalankan ujian saringan air kencing ke atas empat suspek dan tiga daripadanya didapati positif dadah jenis syabu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, tiga suspek yang berusia lingkungan 20an akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...