300 lagi menara telekomunikasi di Sarawak menjelang hujung 2019 - Abdullah






KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan membina 300 lagi menara telekomunikasi di negeri ini. 

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol berkata, ia kini di peringkat perancangan awal SMA. 

"Setakat ini, SMA telah membayar lebih kurang RM500,000 untuk bidang kerja tinjauan tapak bagi 300 lokasi cadangan tapak menara telekomunikasi," katanya menjawab pertanyaan (PKR-Krian) Ali Biju dan (GPS-Muara Tuang) Datuk Idris Buang berkaitan inisiatif pembangunan infrastruktur telekomunikasi bagi seluruh Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini. 

Abdullah menambah, sejak pengumuman inisiatif ekonomi digital pada 2017, kerajaan Sarawak menubuhkan SMA yang mula beroperasi pada 2018 untuk memacu pembangunan ekonomi digital termasuk peningkatan infrastruktur telekomunikasi di Sarawak. 

"Menerusi SMA, kerajaan Sarawak sedang melaksanakan inisiatif SMA300 iaitu pembinaan 300 menara di pelbagai lokasi di seluruh Sarawak. 

"Kebanyakan menara tersebut terletak di kawasan pedalaman yang sukar dicapai dan tidak menarik minat syarikat telekomunikasi komersial sebelum ini," jelasnya. 

Katanya lagi, secara lazimnya perancangan dan pembinaan menara telekomunikasi mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun terutama di kawasan pedalaman. 

Beliau menjelaskan ia kerana melibatkan proses perancangan rapi, tinjauan kesesuaian tapak, kajian tanah, reka bentuk, penyediaan akses ke tapak, pembekalan peralatan, penyediaan tapak dan pembangunan menara. 

"Projek pembinaan menara telekomunikasi SMA300 yang bermula pada akhir 2018 dijangka siap pada pernghujung tahun ini. 

"Pemasangan peralatan telekomunikasi di menara-menara ini pula dijangka selesai pada suku ketiga 2020," ujarnya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...