Pot penagih diserbu polis


 


LIMBANG: Seorang remaja perempuan antara lapan individu yang dicekup bersama tujuh rakan di sebuah rumah yang dijadikan tempat menagih dadah di Kampung Ipai pada petang Khamis.

Kegiatan mereka itu terbongkar dalam serbuan yang dijalankan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang  pada pukul 4 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Limbang DSP Tega Bilong berkata remaja wanita berusia 18, beralamat dari Kampung Batu Bakarang ditahan bersama tujuh lelaki berusia antara 28 dan 33 tahun termasuk seorang lelaki warga Brunei.

"Rumah berkenaan dijadikan kawasan untuk mereka melepas gian menagih dadah beramai-ramai. Hasil pemeriksaan lanjut di atas katil dalam sebuah bilik tidur itu, kita menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.50 gram bernilai RM80," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tega menjelaskan kesemua suspek terbabit yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau turut positif methamphetamine dan amphetamine hasil ujian saringan awal yang dilakukan ke atasnya.

Katanya permohonn reman akan dilakukan hari ini dan kes akan disiasat dibawah dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen  15(1)(a) ADB 1952.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...