Wanita tertipu agensi pinjaman yang tidak wujud di Mukah





 
MUKAH: Seorang wanita berumur 36 tahun terpedaya dengan sebuah iklan pinjaman melalui facebook pada 11 April lalu sewaktu berada di tempat kerja di Dalat
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Abdullah, wanita berkenaan yang merupakan seorang penjawat awam telah membuat satu bayaran pertama sebanyak RM550 secara dalam talian  untuk pinjaman.

"Jumlah yang semua diminta suspek tersebut adalah sebanyak RM1,776 untuk pendahuluan tiga bulan pinjaman," katanya.

Bagaimanapun, mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan sangsi dengan agen pinjaman berkenaan.

Berikutan itu, pihak polis menasihati orang awam untuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan iklan pinjaman di laman sesawang, media sosial, whatsapp, wechat dan sebagainya.

Pinjaman wang hanya boleh didapatkan melalui syarikat pinjaman yang berlesen dan juga institusi kewangan yang sah.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...