Adun Tupong Rasmi Dewan Baru SK Gita

ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman telah merasmikan Dewan Baru SK Gita serta Perasmian Mesyuarat Agung PIBG sebentar tadi.

Dengan siapnya projek bernilai RM120,000 yang telah dibangunkan dari peruntukan RTP DUN beliau, murid-murid sekolah berkenaan dapat menjalankan aktiviti sekolah mereka di dewan tersebut dalam keadaan yang lebih kondusif dan baik.

Pada majlis yang sama, Fazzrudin menyaksikan penyerahan Dewan tersebut secara simbolik dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihak sekolah.

Terdahulu, Fazzrudin dalam ucapanya menyatakan projek berkenaan yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak demi memberi keselesaan kepada anak anak di sekolah tersebut.

"InsyaAllah, banyak lagi pembangunan sekolah-sekolah yang dibantu oleh Kerajaan Sarawak khususnya dalam kawasan DUN Tupong dan seluruh Sarawak," tambahnya lagi.

Tahniah warga SK Gita, Syabas YB Fazz dan GPS.. 😎

UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku





No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...