Wanita di Dalat diperdaya penipu durjana

KUCHING: Memang bagai tiada hari tanpa penipuan.
Sang penipu durjana mencari kesempatan daripada kelemahan mangsa.
Setiap saat otak si penipu durjana itu berputar ligat bagaimana untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Ya, seorang lagi penjawat awam menjadi mangsa penipuan.
Nasib baik jumlah kerugian tidak besar – hanya RM550.
Kononnya mahu memberi pinjaman wang, si durjana itu akhirnya berjaya memperdaya wanita dari Dalat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah, wanita berusia 38 tahun itu terperangkap iklan pinjaman melalui Facebook.
“Pada 11 April ketika berada di tempat kerja di Dalat, mangsa melayari laman sosial Facebook dan ternampak pinjaman wang berlesen,” katanya.
Jelasnya, mangsa berminat dengan pinjaman itu, dan menghubungi seorang perempuan kononnya daripada syarikat pinjaman melalui Whatsapp.
Selepas berbalas-balas mesej, katanya, suspek meminta mangsa membuat pembayaran pertama melalui atas talian sebanyak RM550.
“Jumlah yang diminta suspek RM1,776 untuk pendahuluan tiga bulan pinjaman,” jelasnya.
Di sinilah ironinya, hendak buat pinjaman, peminjam pula beri duit kepada individu atau syarikat yang hendak buat pinjaman.
“Namun mangsa tidak membuat pinjaman lanjut kerana curiga ejen berkenaan satu penipuan,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...