Model lelaki temui ajal ketika memperaga



SAO PAULO : Seorang model lelaki menemui ajal di pentas peragaan selepas rebah secara tiba-tiba pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).

“SPFW baru sahaja menerima berita kematian model Tales Soares yang sakit secara tiba-tiba semasa pertunjukan Ocksa,” kata penganjur dalam satu kenyataan tanpa memberikan punca kematian.

Menurut laporan media tempatan, model berusia 26 tahun itu rebah ketika mahu berpusing meninggalkan pentas dan pasukan perubatan segera menerpa ke arah beliau sambil disaksikan penonton yang terkejut.

SPFW berkata, Soares dikejarkan ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Tales,” kata SPFW manakala label fesyen Ocksa dalam satu kenyataan di Instagram berkata, seluruh pasukan amat terkejut dengan kematian Soares yang menandatangani kontrak bersama agensi modeling Base MGT. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...