Abang Johari: Sarawak lokasi menarik bikin filem


KUCHING: Sarawak lokasi yang menarik dan sesuai untuk penggambaran filem.

Bukan hanya kerana komposisi etnik yang yang pelbagai, tetapi keunikan flora dan faunanya, selain tempat bersejarah yang banyak.


Justeru, Ketua Menteri berkata, pembikin filem antarabangsa perlu mempertimbangkan untuk membuat penggambaran filem di Sarawak.


“Kami terdiri daripada populasi yang mempunyai kepelbagaian etnik. Saya yakin dengan keunikan tersebut, ini yang anda cari untuk dipaparkan di babak-babak tertentu,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada paparan skrin semasa Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.


Slamet Rahardjo dijulang sebagai tokoh Pencapaian Seumur Hidup Aiffa, manakala Stevan Seagal menerima Anugerah Tersohor Aiffa.


Filem Terbaik dimenangi ‘Signal Rock’ (Filipina) manakala Pengarah Terbaik disandang Namron dari malaysia melalui filem ‘Crossroads One Two Jaga.’


Pelakon lelaki terbaik dimenangi Kristo dari Filipina, manakala pelakon wanita terbaik dimahkotakan kepada Raihaanun dari Indonesia.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...