Tiket RWMF, Festival Muzik Jazz Borneo dan Rainforest Festival Fringe 2019 kini dijual

KUCHING: Tiga festival muzik antarabangsa bakal mengegarkan Sarawak pada Julai tahun ini iaitu Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), Festival Muzik Jazz Borneo dan Rainforest Festival Fringe.


RWMF 2019 dijadual pada 12 hingga 14 Julai di Kampung Budaya Sarawak di Kuching, Festival Muzik Jazz Borneo ke-14 pada 19 hingga 21 Julai di Coco Cabana di Miri dan Rainforest Festival Fringe pada 5 hingga 12 Julai di Kuching.

Justeru, penggemar muzik yang merancang menonton ketiga-tiga festival ini kini boleh membeli tiket yang ditawarkan pada harga penjimatan hebat.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengumumkan harga tiket bagi festival-festival berkenaan, tiket ‘Bundle 1- Day Pass’ ditawarkan pada harga RM200 untuk sehari bagi kemasukan ke RWMF 2019 dan Festival Jazz Borneo.

Manakala bagi ‘Full 3-Day Bundle Pass’ hanya berharga RM550 bagi setiap RWMF dan Festival Jazz Borneo yang memberi penjimatan hebat kepada mereka ingin menghadiri enam hari acara muzik berkenaan.

“Kami memperkenalkan pakej-pakej menarik ini untuk menampung permintaan dari peminat-peminat muzik tempatan dan luar bagi kedua-dua festival ini (RWMF dan Festival Muzik Jazz Borneo),” katanya sempena pelancaran 3 Festival 1 Destinasi di sini, semalam.

Hadir sama pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Abdul Wahab Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor.

Bagi pembelian awal tiket untuk RWMF 2019, Karim berkata harga yang ditawarkan hanya RM125 untuk pas sehari dan RM315 bagi pas tiga hari

Manakala tiket untuk kanan-kanak adalah RM70 bagi pas sehari dan RM125 bagi pas tiga hari.

Beliau menambah ‘Pakej Keluarga’ juga boleh didapati pada harga RM253 bagi kemasukan satu hari untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak sekeluarga.
Bagi tiket Festival Muzik Jazz Borneo pula, Karim berkata harga tiket yang ditawarkan adalah RM108 untuk pas sehari, RM188 untuk pas dua hari dan RM288 untuk pas tiga hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga tiket dan pakej bagi RWMF 2019, sila layari http://rwmf.net. dan Festival Muzik Jazz Borneo ialah https://sarawaktourism.com/event/borneo-jazz-festival.

Anda juga boleh menghubungi STB di 082-423600 atau e-mel di stb@sarawaktourism.com. atau mengunjungi
pejabat STB di Level Palza Aurora di Jalan MacDougall, Kuching.

Sementara itu, Karim berkata Rainforest Festival Fringe juga merupakan satu lagi festival muzik yang menarik di mana ia diadakan secara percuma sebagai permulaan kepada RWMF 2019 dan Festival Muzik Jazz Borneo 2019.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...