FAS dedah salah laku bekas exco





 
KUCHING: Belum selesai isu dana berjumlah RM91 juta lesap didedahkan pada tahun lepas, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dipalit skandal rasuah baharu.

Kali ini ia membabitkan bekas exco FAS. 

Menurut kenyataan rasmi persatuan itu hari ini, Presiden FAS Datuk Posa Majais tampil menyerahkan bukti lima salah laku individu berkenaan pada 2017 ketika masih bersama FAS yang melibatkan dana berjumlah lebih RM500,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Cawangan Kuching di sini, pagi tadi.

Menurut Posa, pihak FAS telah lama bersabar terhadap individu tersebut tetapi demi menjaga maruah beliau dan keluarganya, persatuan enggan mengambil apa-apa tindakan. 

Namun, setelah berulang kali menemukan skandal pecah amanah yang dilakukan oleh beliau, pihak FAS terpaksa bertindak demi masa depan Persatuan Bolasepak Sarawak.

Tegas Posa dalam kenyataan itu, beliau tidak mahu skandal seperti itu berlaku lagi dalam FAS dan mahu persatuan berkenaan bebas daripada individu yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi terhadap persatuan. 

Tambahnya, gejala seperti ini amat memberi kesan negatif kepada persatuan dan beliau mahu sesiapa yang berkhidmat hanya fokus untuk membangunkan sukan bolasepak Sarawak yang tercinta.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...