Petani muda maut, motosikal terlibat kemalangan 



KUCHING: Seorang petani maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Kepayang, Simunjan petang semalam.


Kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam itu meragut nyawa mangsa, Paul Japok, 25, dari Kampung Batu Mumong, Gedong, Simunjan.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan terbabit melibatkan motosikal yang ditunggang mangsa yang dipercayai terbabas sendiri.


“Mangsa datang dari arah Kampung Kepayang menuju Simpang Kepayang, Simunjan.


“Semasa tiba di Jalan kampung Kepayang melalui selekoh yang menuruni bukit, mangsa gagal mengawal motosikal lalu masuk ke lorong sebelah kanan dan terbabas sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Dedah Alexson, ekoran kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah di kepala dan tidak sedarkan diri.


Tambahnya, pihak ambulans dari Hospital Simunjan yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian.


“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan masih dalam siasatan,” ujarnya.


Selain itu, katanya, polis turut melawat tempat kejadian untuk mengambil rajah kasar dan gambar.


Dalam pada itu, Alexson memberitahu, motosikal mangsa turut dibawa untuk pemeriksaan Puspakom.


“Kita juga sedang cuba mengesan saksi yang melihat kejadian ini sekiranya ada,” katanya.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...