Tiga Inisiatif Naiktaraf Sistem Bekalan Air Di Serian Giat Dilaksanakan

KUCHING: Kementerian Utiliti Sarawak sedang melaksanakan tiga inisiatif atau projek menambahbaik sistem bekalan air di sepanjang jalan Kuching-Serian termasuk ke kawasan menuju Kampung Taee dekat sini.

Kementerian Utiliti Sarawak dalam satu kenyataan media memberitahu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah mengambil maklum mengenai isu seperti yang dilaporkan di dalam dua suratkhabar tempatan berkenaan "PKR Serian urges JBALB to waive water bills of residents’ baru-baru ini.

Menurut kenyataan media itu, inisiatif pertama adalah kerja-kerja menaiktaraf paip bersaiz 250mm sepanjang 16 kilometer dari Tangki Air Aras Tinggi Stabun ke Tangki Stesen Pam Penggalak Taee yang bermula Ogos 2018 dan dijangka siap pada penghujung April 2019.

"Inisiatif kedua pula adalah pembinaan Stesen Pam Penggalak Siburan termasuk saluran paip baharu yang bersaiz 800mm yang turut dijangka siap pada akhir April ini.

"Pam ini dijangka dapat menampung bekalan air dari Siburan ke Serian termasuk menambah bekalan air ke Taee," kata Kementerian Utiliti Sarawak dalam satu kenyataan media hari ini.

Kementerian Utiliti Sarawak menambah, inisiatif ketiga pula membina sebuah stesen pam penggalak baru yang bertujuan untuk menangani masalah tekanan air rendah di Kampung Bunga dan kawasan sekitarnya. 

Jelas Kementerian Utiliti Sarawak, ketiga-tiga inisiatif berkenaan akan dapat memastikan penduduk di kawasan Kampung Taee menerima bekalan air yang mencukupi.

"Sejajar dengan pelaksanaan projek-projek di atas, JBALB yakin masalah bekalan air di kawasan Serian dapat diatasi. 

"Buat masa ini, penghantaran air menggunakan tanker masih diteruskan oleh pihak JBALB Serian bagi memastikan penduduk dapat melakukan kerja-kerja harian mereka," kata kenyataan itu.

Kementerian Utiliti Sarawak juga akan memastikan pihak JBALB melaksanakan projek yang dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna mengikut tempoh ditetapkan. 

Sekiranya terdapat masalah gangguan bekalan air atau berkaitan dengan bil-bil air boleh  menghubungi Careline JBALB Serian di talian 013-3361566.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...