Dua lelaki dicekup disyaki terlibat kes kecurian kereta Kancil




 
KUCHING: Polis berjaya merungkai kes kecurian kereta Kancil yang berlaku sejak akhir-akhir ini dengan penangkapan dua lelaki yang disyaki suspek kes tersebut.

Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Ismail Mahmood yang memberitahu kedua-dua suspek berusia 30-an itu diberkas di Kampung Pulo, Petra Jaya di sini Khamis lalu.

"Pada 4 April lalu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sarawak berjaya menangkap dua suspek lelaki tempatan di Kampung Pulo, Petra Jaya.

"Polis turut merampas dua kereta Kancil disyaki kereta curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan satu rangka kereta kancil juga disyaki dicuri yang sudah dileraikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ismail mengesahkan penangkapan tersebut telah menyelesaikan beberapa kes kecurian kereta Kancil yang berlaku di Kuching dan sekitar daerah berdekatan.  

"Selain itu, kedua-dua suspek akan disoal siasat untuk mengenalpasti penglibatan suspek lain termasuk kes yang mungkin melibatkan kedua-dua suspek terbabit," dedahnya.

Tegasnya lagi, kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Beliau memberitahu, pada 12 Mac lalu, seorang lelaki berusia 42 tahun melaporkan kehilangan kereta Kancilnya yang diletakkan ditempat letak kereta di belakang sebuah hotel bajet di kawasan Padungan.

"Kes disiasat di bawah Sekysen 379A Kanun Keseksaan iaitu jenayah mencuri kenderaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...