Ketua Menteri Sarawak Dijangka Rasmikan Pesta Babulang Dan Lumba Kerbau 2019 Akan Diadakan 7 Hingga 9 Jun  



LIMBANG: Pesta Babulang Ke 16 yang sinonim dengan kaum Bisaya akan diadakan pada 7 hingga 9 Jun 2019.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau YB Paulus Palu ak Gumbang berkata pesta ini akan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional kaum Bisaya dan acara kemuncaknya pertandingan lumba kerbau.
 
"Pelbagai acara menarik telah dirancang bagi menarik lebih ramai pengunjung khususnya dari negara Brunei Darul Salam dan negeri jiran Sabah selain masyarakat tempatan Sarawak.
 
"Antara yang dirancang ialah permainan tradisional kaum Bisaya dan pertandingan lumba kerbau yang menjadi acara kemuncak kepada Pesta Babulang setiap kali diadakan.
 
"Pesta Babulang ini dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg," katanya selepas hadir di Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2019, di Pejabat Residen Limbang, semalam.
 
Hadir sama Pengerusi Persatuan Bisaya Sarawak Antonio Kahti Galis.
 
Sementara itu, pengerusi mesyuarat Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney Haji Ahmad Fauzi berkata pihaknya memohon kerjasama daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) agar dapat membuka kaunter di Pos Kawalan Imigresen lebih panjang daripada waktu biasa.
 
"Kami memohon JIM untuk membuka kaunter di Pos Kawalan Imigresen dari jam 6 pagi sehingga pukul 2 pagi. 
 
"Ini bertujuan untuk menarik pengunjung dan pelancong dari negara luar seperti Brunei dan Sabah datang memeriahkan pesta tersebut," ujarnya.
 
Menurut Pengerusi Pengelola Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2019 Peter Sawal Sawal, sehingga kini sebanyak 30 ekor kerbau telah mengesahkan penyertaan lumba kerbau.
 
"Sehingga kini terdapat 30 ekor kerbau akan mengambil bahagian untuk berlumba semasa pesta tersebut berlangsung," katanya. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...