Tamira dimahkota sebagai Ratu Cantik Kebudayaan Pesta Menuai 2019





KUCHING: Tamira Lellemand, 22, gadis berdarah kacukan Bidayuh dan Inggeris dimahkota sebagai Ratu Cantik Kebudayaan Pesta Menuai 2019, malam Sabtu.

Kemenangan itu membolehkannya melanjutkan pengajian dalam diploma pelancongan atas tajaan Kolej NIIT.

Selain tajaan pengajian, beliau turut menerima hadiah RM3,000,  trofi,  tajaan syampu dan perapi Sunsilk selama setahun dan penginapan percuma dua hari dan satu malam di Hotel Riverside Majestic dan Damai Beach Resort.

Sementara itu, Dayang Nusyafiqah-Qawiemah, 21, di tempat kedua membawa hadiah RM2,000, trofi, biasiswa Diploma Pelancongan dari Kolej NIIT College, produk Sunsilk dan penginapan dua hari dan satu malam di Hotel Riverside Majestic dan Damai Beach Resort.

Lidya Yusreena Abdul Ellias, 24, di tempat ketiga membawa pulang RM1,000, trofi, dan biasiswa Diploma Pelancongan dari Kolej NIIT, produk Sunsilk dan hadiah iringan dua hari dan semalam di Hotel Riverside Majestic dan Damai Beach Resort.

Hadiah disampaikan isteri Menteri Muda Belia dan Sukan, Datin Melinda Claudia Bucking Lawan. Hadir sama Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak Jane Lian Labang dan Ratu Cantik Kebudayaan Pesta Menuai 2018, Melinda Peter Jinap.-UtusanBorneo

 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...