Dah beranak, baru terbongkar dirogol



 



KUCHING: Dua lelaki ditangkap polis di sebuah kampung di Padawan kerana disyaki merogol seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) sekitar pukul 11 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata mangsa 20-an membongkarkan peristiwa malang tersebut selepas dia melahirkan bayi pra-matang di Hospital Umum Sarawak (HUS) baru-baru ini.

“Mangsa OKU (bisu dan pekak) tidak pernah berkahwin telah melahirkan seorang bayi lelaki pra-matang di HUS.

“Semasa disoal keluarga, mangsa mendakwa dia ada menjalinkan hubungan seks dengan tiga lelaki yang dikenali dan tinggal di kampung yang sama.

“Susulan itu, bapa mangsa kemudian terus membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan dua  suspek berusia 48 dan 50 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

DSP Merbin Lisa

Tambahnya juga, seorang lagi suspek sudah dikenalpasti dan masih lagi diburu.
“Manakala kedua-dua suspek yang ditangkap kini dalam proses permohonan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan pegawai penyiasat setakat ini tidak dapat memperolehi keterangan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku daripada mangsa kerana mangsa tidak dapat menjawab soalan yang ditujukan.

“Jurubahasa yang bertauliah akan dipanggil untuk membantu merakam keterangan mangsa,” jelas Merbin.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hujuman penjara tidak kurang lima hingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...