Makan beramai-ramai di pantai sempurnakan Kaul




MUKAH:  Pantai Kuala Mukah hari ini meriah apabila peserta Kaul mengadakan upacara penting dengan mengadakan makan komuniti.

Makan bersama-sama di atas pantai merupakan satu daripada acara wajib dalam kaul.

Tidak dibenarkan makanan berdarah seperti daging.

Dalam acara makan bersama-sama suasananya cukup meriah dengan semua orang berkongsi makanan yang dibawa dari rumah terutama kuih-muih.

Upacara kaul yang mempunyai signifikan tersendiri ialah Kaul Serahang Kakan.

Sejak turun-temurun, malah dipercayai sejak sekitar 400 tahun acara sedemikian telah diadakan di Mukah.

Kaum Melanau pada masa silam  dan kini terbabit dalam kegiatan menangkap
Yang turut hadir pagi tadi ialah Ahli Parlimen Mukah Hanifah Taib dan Adun Tellian Yussibnosh Balo
Kaul diadakan untuk melindungi dan menyelamatkan likow atau dunia daripada serangan penyakit yang mengancam nyawa penduduk.

Dari segi kepercayaan lama, kaul bertujuan menolak bala dan membersihkan kampung daripada segala kekotoran, penyakit, dan malapetaka.

Kaul juga merupakan masa terbaik untuk memohon daripada ipok agar dimurahkan rezeki sepanjang tahun, tidak kira rezeki dari laut, sungai, darat, atau hutan.

Pada masa silam, kaul merupakan upacara pembersihan selepas tempoh kesusahan dan kemelaratan hidup.

Upacara itu merupakan cara penduduk menyatakan penghargaan selepas berjaya mengharungi musim susah, terutama musim tengkujuh ketika ikan sukar diperoleh, petani tidak dapat turun ke sawah atau hutan. Kaul menandakan berakhirnya musim hujan.

Hal ini bermakna nelayan dapat menangkap ikan semula, sementara petani dan pekebun dapat turun ke sawah dan hutan tanpa gangguan cuaca buruk.

Ipok sebagai makhluk yang berkuasa dan mengawal alam semesta perlu dipujuk agar tidak “murka” dan mengganas.

Jika ipok murka malapetaka akan menimpa sama ada dalam bentuk ketiadaan hasil hutan, laut, atau sungai.

Kalau tidak pun malapetaka lain seperti kemalangan, dilanda penyakit, dan bencana alam akan terjadi.

Semua bot dan orang ramai menyertai bot rombongan pembawa dan pengiring Seraheng Kakan berkumpul di jeti kaul Osman Kudat di Kampung Tellian Tengah pada jam enam pagi tadi.

Kira-kira jam tujuh pagi, rombongan bertolak, menyusuri Sungai Tellian menuju ke Batang Mukah dan penghakiman pertandingan bot berhias akan dilakukan.

Rombongan tiba di Tapak Kaul Seraheng Kakan sekitar jam lapan pagi sebelum disusuli dengan penyempurnaan upacara tradisi oleh Bapak Kaul sekitar  8.30 pagi.

Manakala, kira-kira jam sembilan pagi tadi perjamuan terbuka (Keman Kaul) berlangsung bersama dengan persembahan tarian dan mengalai, upacara itu dijangka selesai jam 10 pagi.

Kaul Seraheng Kakan dijalankan mengikut lunas-lunas sandaran adat walaupun mungkin lebih merupakan sekadar simbolik lestari budaya warisan zaman.

Acara ini bukan saja diikuti masyarakat Melanau tetapi juga kaum lain.

Tempoh pantang kaul berkuat kuasa sehingga terbenamnya matahari terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...