Taib: Rakyat Sarawak memerlukan respons segera terhadap pelbagai isu




KUCHING: Jangkaan dan harapan rakyat kepada kerajaan kini semakin tinggi dan mereka memerlukan respons segera daripada agensi-agensi kerajaan terhadap pelbagai isu, khususnya secara dalam talian.

Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud berkata, ini memberikan cabaran besar kepada kerajaan.

“Oleh yang demikian, ia perlu ditangani dan diurus secara bijaksana. Dalam dunia yang kini berpaksikan aplikasi teknologi digital, rakyat mendapat capaian yang mudah terhadap pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan kerajaan termasuklah melalui media sosial,” katanya dalam ucapan pembukaan Persidangan Pertama Penggal keempat Dun Sarawak Ke-18, pagi tadi.

“Saya gembira, Kerajaan Negeri Sarawak mengambil berat terhadap kehendak rakyat,” katanya.

Taib berkata Penubuhan Unit Komunikasi Awam (Ukas) merupakan langkah terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai polisi dan inisiatif kerajaan kepada rakyat secara dalam talian.

“Kita sedar bahawa kerajaan memegang amanah rakyat. Oleh yang demikian, kita mesti melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh integriti. Saya gembira, Ketua Menteri mengambil serius perkara ini,” ujarnya.

Mengenai Penubuhan Unit Integriti dan Ombudsman serta  pelantikan Pegawai Integriti Bertauliah di setiap agensi negeri, beliau berkata ia merupakan langkah proaktif Kerajaan Sarawak dalam  mempertingkatkan ketelusan dan tadbir urus kerajaan.

“Saya berharap, semua pihak memberi sokongan penuh dalam pelaksanaan inisiatif ini,” tegasnya.-SarawakVideo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...