Taib: Ketua Menteri sangat prihatin terhadap kehendak rakyat luar bandar

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri berkata kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sangat prihatin terhadap kehendak rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.


Tun Abdul Taib Mahmud berkata, pelbagai projek berimpak tinggi dan bersifat berorientasikan rakyat telah diluluskan dan sedang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, di bawah Belanjawan Negeri tahun 2019, sejumlah RM9.076 billion telah diluluskan untuk tujuan pembangunan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Ini merupakan belanjawan pembangunan tahunan yang tertinggi dalam sejarah Negeri Sarawak,” katanya dalam ucapan pembukaan Persidangan Pertama Penggal keempat Dun Sarawak Ke-18, pagi tadi.

“Saya gembira, Kerajaan Negeri melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar dan Projek Rakyat yang memberi penekanan kepada penyediaan  infrastruktur, utiliti dan komunikasi di kawasan luar bandar,” ujarnya.  

Beliau menyeru kepada semua agensi kerajaan, untuk memastikan projek-projek ini dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual untuk faedah rakyat.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...