Kakitangan Imigresen mati tergantung

BINTULU: Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran pejabat Jabatan Imigresen Bintulu, Jalan Tun Razak sekitar 6.30 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa berumur 34 tahun, merupakan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Bintulu. 
"Siasatan yang kita jalankan mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kes ini," ujarnya. 
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat. 
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...