Adik tikam perut abang sehingga terburai di Pasar Siong






SIBU: Gara-gara berebut kawasan mengutip tandan sawit, seorang adik tega menikam abangnya sendiri sehingga perutnya terburai.

Dalam satu pergaduhan di sebuah ladang sawit di kawasan Pasai Siong dekat sini Sabtu lalu, lelaki berkenaan menikam perut abangnya sehingga kesannya dahsyat – perut abangnya terburai.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit semalam, mangsa dikenali sebagai Irwan Maseng, 31, warga Indonesia yang bekerja sebagai pemungut buah kelapa sawit.

Jelasnya, mangsa ditemui mandurnya ketika membuat rondaan rutin di kawasan ladang sekitar jam 10 pagi Sabtu.

“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dan mengalami cedera parah di bahagian perut yang terburai dan dipangku dua rakannya,” jelasnya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

Stanley berkata, mangsa dipercayai bergaduh dengan adik kandungnya kerana berebut kawasan mengambil dan mengumpul buah sawit.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...