Skandal FAS: Posa tidak akan mohon maaf, tarik balik tuduhan



 

KUCHING: Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais hari ini bertegas tidak akan memohon maaf dan menarik balik tuduhan pecah amanah beliau terhadap bekas Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam laman sesawang rasmi FAS bagi membalas tuntutan Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) itu pada sidang media pada Sabtu.

Posa dalam kenyataan itu menyebut, pihak FAS menunggu tindakan susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menyerahkan bukti-bukti skandal pecah amanah Razali Dolhan pada 2017 kepada SPRM pada pagi Jumaat.

Tindakan ini adalah untuk membersihkan FAS daripada individu yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi terhadap persatuan berkenaan.

Razali menerusi peguamnnya, Dominique Ng pada Sabtu akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Posa esok (Isnin) untuk menarik balik tuduhan pecah amanah terhadapnya yang disiarkan di media sosial dan cetak dalam tempoh tujuh hari.

Menurutnya, tuduhan itu adalah tidak berasas dan ia jelas fitnah bertujuan mencemarkan nama beliau.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...