Razali keluarkan surat tuntutan terhadap Presiden FAS esok



 


KUCHING: Bekas naib presiden dan setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Razali Dolhan menerusi peguamnnya, Dominique Ng mengeluarkan surat tuntutan terhadap Presiden FAS, Datuk Posa Majais esok (Isnin) untuk menarik balik tuduhan ‘pecah amanah’ terhadapnya disiarkan di media-media sosial dan cetak dalam tempoh tujuh hari.

Dalam kenyataan dikeluarkan di laman sesawang rasmi FAS kelmarin (Jumaat), Posa mendakwa Razali melakukan lima kesalahan ‘pecah amanah’ pada 2017 melibatkan dana berjumlah lebih RM500,000.

“Hari ini (semalam) saya terpaksa membuat kenyataan media atas apa yang dituduh ke atas saya oleh FAS kelmarin di mana ia tidak berasas sama sekali dan saya amat terkejut dengan kenyataan tersebut.

“Saya tahu dalang sebenar dan atas nasihat peguam saya kita mengambil langkah lebih teratur supaya perjalanan undang-undang dapat difahami lebih jelas,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, segala sumbangan dan jasa beliau terhadap FAS sebelum ini hancur begitu sahaja selepas tuduhan tidak berasas itu.

Sementara itu, Dominique menganggap tuduhan terhadap kliennya sebagai serius dan fitnah cuba untuk memburuk-burukkan nama baik Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) itu.

“Tuduhan ini telah disiarkan dan namanya juga diterbitkan dalam akhbar di mana nama beliau turut didedahkan. Nama beliau juga disiarkan dalam laman sesawang rasmi FAS dan sehingga kini masih disiarkan.

“Setiap orang berhak membuat aduan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) namun nama tertuduh tidak boleh didedahkan kerana masih belum didapati bersalah,” katanya.

Menurut Dominique, beliau dan kliennya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Posa dan FAS jika mereka gagal mengemukakan surat tuntutan tersebut.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...